mentari hati

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..
- mentari hati

Sunday, 30 October 2011

aku mengidam...

assalamualaikum... 

aku mengidam laaa...
tapi mengidam aku ni bukan sbb nak dapat baby..
tapi, aku mengidam nak gi SABAH!!!!!




jom holiday!!!



waaaa... amazing... hehe



waaa..... awesome...hehe



waaaa.... masyaAllah...



waaaa.... interesting..heheh




SABAH!!!!  wait for me!!!!!
i will coming soon.... heheeh :)

semoga impian aku tercapai nak gi sabah... insyaAllah...
time kaseh..:)
salam..

Wednesday, 26 October 2011

cuti dah dekat?? jom naik gunung!!!!!

bismillah...
assalamualaikum... :)
semoga kawan2 sume dalam rahmat Allah..

hahahaha.... :O)
tiba2 je gelak baca tajuk entry kali ni... sbb ape gelak??
pertama, cuti x start lagi tapi dh exited nk cuti..
kedua, x sampai 2 minggu lagi dah nak exam, sempat lagi pikir cuti..
ketiga, cuti deepavali x balik pon, rugi betolll..

owkey..
kali ni aku nak post entry pasal "jom naik gunung"..
sempena cuti sekolah yang tak lama lagi ni, aku nak ajak kawan2 sume panjat gunung..
abang angkat aku bawa orang naik gunung ni (jurupandu), aku tolong promotion laa...
gunung ape?? kat mane?? tinggi  ke?? mencabar?? berape kos??
semuanya akan aku cerita kat bawah nanti..
sebelum tu, apa yang aku dapat janjikan, naik gunung ni serius memang best!!!!!



GUNUNG BINTANG..
gunung bintang ni terletak kat Sedim, Kedah.
ketinggian gunung ni adalah 1862 meter.. lagi tinggi dari gunung jerai, kalu x silap berbeza dlm 600 m gak dari gunung jerai.. tinggi kan.. 



kat bawah ni ada pakej naik gunung untuk pendaki yang baru nk belajar naik gunung..
pendakian yang relex, banyak perhentian dan tak kejar masa sangat..


PAKEJ EKSPLORASI GUNUNG BINTANG

RM 100.00 SEORANG

Jangka masa 3 hari 2 malam

Ø  Permit
Ø  Makanan
Ø  Laporan Polis
Ø  Juru Pandu Arah
Ø  Cahaya Malam

Ø  TIDAK TERMASUK PERALATAN PERKHEMAHAN DAN PERALATAN MEMASAK.
Ø  MINIMUM 10 ORANG


murah je kan..
dengan RM 100, korang semua dapat naik gunung 3 hari 2 malam.. 
berbaloi-baloi.. hehe
korang boleh buat aktiviti kelab, persatuan or kelas..
nak naik dengan family pon boleh, dengan kawan2 lagi la boleh...



skrang aku nak cerita apa yang akan korang jumpe, ape korang akan redah (cabaran2) on the way nak sampai puncak gunung bintang ni.. aku cite scara kasar, bagi korang exited skit..

laluan naik gunung ni ada macam2 jenis..
perjalanan bermula dengan laluan jalan simen sepanjang 3.5m..
kemudian continue guna laluan hutan..
akan jumpa anak sungai bukit Senyum..
then, continue lagi ke base camp 1 iaitu air terjun!!! mandi manda.. sejuk giler... 
malam pertama tido kat sini laa.. makan2 sume..



esoknya,
continue lagi mendaki sampai tiba di kawasan pemandangan..
go on lagi hingga sampai di Taman Bonzai 1 dan Taman Bonzai 2.. cantik sangat..
naik lagi sampai la tiba di Bintang Kecil,
kemudian, sampailah di puncak Gunung Bintang pada ketinggian 1862 m.. 
ape lagi take picture laa...
lepas puas duduk atas puncak tu, continue turun gunung...



Gunung Bintang ni masih lagi baru dalam dunia pendakian..
oleh itu, keindahan flora dan fauna masih terjaga..
setakat ni, dah banyak graduan IPTA dan pelancong asing yang berjaya menawan gunung ni..
korang bila lagi???


kenangan di puncak gunung.. best memory..

owkey, 
stakat itu sahaja yang mampu aku cerita dan kongsikan.. 
seandainya ada yang berminat boleh terus email, fb or call aku..
asranjusoh90@yahoo.com /  0194723249..

skadar pemberitahuan, kat Sedim ni bukan hanya ada aktiviti mendaki gunung sahaja, ada macam2 aktiviti lagi contohnya raffting, tree top walk, program anak angkat dan sebagainya..

mungkin expedisi mendaki Gunung Bintang akan menjadi pengalaman paling indah dalam hidup korang,, 
sape tahu..



ok laa.. 
semua keindahan ini adalah milik Allah yang Esa..
kita hanya hambanyaNa yang kerdil cuma mampu untuk mengagumi keindahannya..
salam ukhwah fillah..
terima kasih..
assalamualaikum.. 
:)


Monday, 24 October 2011

berehat lama... turning point!!

bismillah...
assalamualaikum..

masyaAllah........
lamenya x update blog!!!! hehehe
apa khabar sume?? sumoga kawan2 sume berada dalam keadaan sihat sejahtera...

baiklah..
hampir 3 minggu mohd asran menyepi dari dunia blog ni, rasanya cukup lame berehat..
insyaAllah, mohd asran dah bersedia untuk menulis balik, berkongsi 1001 cerita dengan kawan2 sume...

turning point??
owkey, bermula pada entry yang akan datang mohd asran akan gunakan kata ganti diri "aku" atau "saya" untuk menulis..
dan...
mohd asran akan gunakan bahasa campur2 serta tulisan tringkas..
 kenape??
saje je nak try benda baru..hehehe..
 mungkin akan rasa lebih free untuk menulis..

jadi, kat sini mohd asran asran nk minta izin dan maap kat sume pembaca blog ni dengan 'turning point' yang dilakukan..
penggunaan "aku" selepas ni hanya sebagai pengganti diri dan bukan untuk menunjukkan sikap tak hormat pada siapa2 pun..
dan, penggunaan bahasa campur2 serta tulisan tringkas hanyalah bagi memudahkan mohd asran menulis.. langsung tak bermaksud ape2..
ape pun, mohd asran tetap sanjung bahasa baku kita!!! bahasa jiwa bangsa...

ok,
itu sahaja untuk permulaan setelah berehat lameeee...
selamat kembali!!!!
im back!!!!! hahaha

Friday, 7 October 2011

MARAH!!!! bahaya taw,,,

bismillah...
assalamualaikum..

mohd asran nak share dengan kawan-kawan sume pasal "MARAH"..

marah teruk ni...


bagus ke marah ni??
perlu ke??
adakah aku pemarah??
sama-sama kita renungkan ye.. :)


baby pon tahu marah taw...


marah adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan. 
perasaan marah menyebabkan tangan menggeletar, 
wajah memerah dan jantung berdegup kencang. 
perasaan marah membebankan otak, pembuluh darah dan jantung. 
kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit hati. 
dia juga terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi, 
angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan vertigo atau gayat.


wajah menjadi merah... ARG!!!

jantung berdegup kencang.. dup..dap..dup..dap!!!


marah bebankan otak taw.. 


penyakit hati.. kesian..



marah sampai darah tinggi.. bahaya betol!!


kemurungan akibat marah..


jaga-jaga.. jatoh kan.. gayat!!!



marah ni campor dengan geram sekali... heheheh


haaaaa!!!!
kan dah kata,
marah ni bahaya taw!!!
tak elok untuk tubuh badan dan emosi.. 
jadi buang sifat marah jaoh2..

macam mana nak hilangkan marah??
mudah je..:)


pertama :
banyakkan senyum,,:)



alaaaa... comelnye senyum.. :D



kedua :
banyakkan bersabar.. :)


semut pon tahu sabar.. malu lah skit.. heheeh


S.A.B.A.R..:)


mudah kan??
kan dah kata... 
owkey..
tak mahu cakap banyak2 nanti korang bosan...
setakat ini sahaja untuk kali ni
dari hamba Allah mohd asran jusoh..
mana yang b aik sama2 kita manfaatkan.. 
salam ukhwahfillah..
assalamualaikum..:)

:)







Haji Bakhil!!



apa khabar kawan-kwan sume.. :)
mohd asran mendoakan korang sume mendapat nikmat sihat daripada Allah swt.. 
mohd asran hari ni dalam mood 50%..  mood tak berapa happy sangat, tak berapa larat sangat..
penaaaaaaaaaattttttt!!!!!!!

penat giler.. ush...


semalam baru balik dari kem, 4 hari ber'camping'.. sbb tu x dapat post entry baru...
mohd asran tido hampir 12 jam semalam.. 

tido!!!! ganti tido yg tak cukup..


bangun pagi tadi training volley plak, training hari ni, serius kow2 punye sbb esok dah tournament kat sungai petani... petang ni rehattttttttttttt... alhamdulillah... :)

sebentar ke rehat.. rasa cam lama je.. hehe


selamat hari jumaat sume..:) 


sempena jumaat, mohd asran nk share pasal "Haji Bakhil"..
sama-sama kita renungkan..:)


Allah berfirman dalam surah Muhammad, ayat 38, 
"ingatlah, kamu diseru menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi, ada antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang yang miskin. apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu"

Haji Bakhil!! pergi kamu jaoh-jaoh...


punca kebakhilan adalah mencintai dunia secara berlebihan, 
takut miskin dan hati yang selalu runsing dan tidak bahagia. 
Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur.
 Kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru.


jadikan sedekah satu amalan..:)
tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima..



:)
setakat ini sahaja dari mohd asran,
mana yang baik sama-sama kita manfaatkan,
mana yang buruk kita buang jaoh-jaoh ye..
terima kasih..:)
salam ukhwahfillah
assalamualaikum..
:)








Sunday, 2 October 2011

senaman cara nabi...

bismillah...
assalamualaiku.. :) 

mohd asran nk cerita pasal senaman yang nabi Muhammad saw buat... 
bila dah rasul kita buat maka, perkara tersebut akan menjadi sunnah, 
jadi, jika kita ikut sunnah, kita akan dapat pahala.. mudah kan..:)

nabi menggalakkan senaman..
senaman yang digalakkan adalah berenang, menunggang kuda dan memanah..



berenang dapat menguatkan otot tanpa membebankan sendi secara berlebihan..











menunggang kuda pula meningkatkan ketangkasan bergerak dan memberikan kemampuan kepada kita untuk memanfaatkan daya tuil (leverage) demi kepentingan hidup..













memanah pula meningkatkan kewaspadaan dan membantu membiasakan diri menumpukan perhatian..










haaaa.....
senaman-senaman jugak, jangan sampai mendedahkan aurat..
jangan sampai terleka...
bersenamlah dengan cara yang betul...
mari lah kita bersama-sama mengikut sunnah rasulullah...
badan sihat, pahala dapat..

sekian sahaja dari mohd asran jusoh.. 
salam ukhwah fillah...
:)
assalamualikum..






wow unik!!!! Ben Heine..

bismillah...
assalamualaikum...

mohd asran nak share salah satu perkara yang unik di dunia... heheheh..

ape?? 
ianya adalah hasil karya Ben Heine..

sape mamat ni??
seorang pemuda berusia 28 tahun, Heine membesar di Abidjan, Ivory Coast..
mempunyai kedua ibu bapa dan tiga adik beradik..

ape yang uniknya pasal karya mamat ni??

Melalui gabungan lakaran pensil, gambar, imaginasi dan realiti, Ben Heine mencipta karya seni yang begitu unik.


Menganggap dirinya sebagai pelukis visual pelbagai disiplin..
Hein sering mendapat ilham daripada pengamatan ke atas manusia dan alam semula jadi..

Dia menjadi terkenal apabila mahir menggabungkan tiga konsep seni, termasuk melalui Projek Pencil Vs Camera.

jom kita jengok karya-karyanya yang WOW!!! unik.. hehehe











































wow!!! kan.. :)
itulah bakat kurniaan Allah.. 
sekian sahaja dari mohd asran..
salam ukhwah fillah..
:) 
assalamualaikum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terus melangkah

Daisypath Graduation tickers

Cikgu Asran :)

Cikgu Asran :)
hak cipta dikarang, disayangi dan terpelihara oleh mohdasranjusoh