mentari hati

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..
- mentari hati

Friday 27 January 2012

Luahan Hati Orang DEMAM... :")

bismillah...
assalamualaikum...

sharing is nice!!!
hari ni aku DEMAM..





padahal dari semalam lagi demam..
panadol active fast dh makan..
panadol soluble pon dh makan..
air 100% dh habis sebotol..
minuman yogurt pon dh habis sebotol..
jap lagi nak minum air asam jawa..
kata mak, air asam jawa dapat sejukkan badan...
disebabkan aku, dua orang housemate aku pon turut demam..
kesian kat diaorang, muhammad asyraf dan mohd shafuan..
aku minta maap menyusahkan korang...
bila dah demam ni kan, sume kerja malas nk buat..
rasa macam kerja nak baring je..
hidung, tekak, kepala.. semua memberontak..
haissssssyyyyy...
terima kaseh kat kawan2 yg bertanya khabar walaupon melalui mesej je..
terima kaseh kat mentari hati sbb slalu mesej suruh buat itu, suruh buat ini.. :')
lusa dah nak kuliah, time2 ni la dia nak demam..
kerja berlambak-lambak menunggu..
sem ni tanggungjawab aku amat besar..
banyak kerja yang aku kene uruskan, terasa berat je bahu ni..
nasib baik ada kawan2 yang paham dan sudi membantu..
bila kenang balik azam tahun baru aku..
macam Allah makbulkan terus..
sem ni aku berazam dan berniat akan terima dan redho pada apa2 tugas or tanggungjawab yang aku dapat.. aku x kan membantah... aku akan cuba buat yang terbaik...
tengok-tengok...
nah!!! memang serius betol2 kene redho.. macam2 kerja n tanggungjawab aku dapat..
tapi, aku still redho.. sbb aku yang mintak macam tuu..
redho itu ikhlas, so insyaAllah, aku akan ikhlas buat sume ni...
hmmm... skrang kat institut aku ni tengah bising pasal elaun x masok..
semua orang nk marah, maki-maki, mencemuh.. macam2 laa..
aku pelik laaaaaa...
diaorang yang duk bising mencemuh ni semua, memang dah takda duit langsung dah ke.. rm 10 pon x de ke..
sampai macam tu sekali marahnya..
just think for a minute.. kalau la kerajaan tarik elaun kita dan kita kena buat pinjaman PTPTN, how come??!!
so, S.A.B.A.R... thats the way my friends..
bukannya elaun x masok terus.
elaun just late laa.. lambat skit, sbb ada masalah..
buat kawan2 semua yang marah2 pasal elaun masok lambat, relex ye.. banyakkan senyum.. :)
senyum sokmo.. :D


bisik-bisik : aku ni just demam, tapi bercerita macam orang sakit x de harapan nak sembuh dah.. hehe.. just joking.. ape-ape pon smile always my friends.. senyum macam ni > :)





putera katak hijau,

Thursday 26 January 2012

TAHUKAH ANDA?? Jin Pun Tidak Tahu..

bismillah..
assalamualaikum...

sharing is gud!! 
nak share dengan kawan-kawan semua pasal satu cerita ni.. tahukah anda??
kalau tak tahu, mesti baca ye.. hehe :)


*****

               Nas al-Qurqn menjelaskan bahawa para jin yang berkhidmat dengan Nabi Sulaiman pun tidak mengetahui kematian Nabi Sulaiman. Jin hanya mengetahuinya apabila tongkat Nabi Sulaiman mulai reput dimakan serangga.

                Allah berfirman berkenaan hal ini yang bermaksud: “maka apabila kami tetapkan kematian bagi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka atas kematiannya kecuali serangga yang memakan tongkatnya. Maka apabila ia tersungkur, nyatalah bagi para jin bahawa sekiranya mereka mengetahui perkara ghaib tentulah mereka tidak berada dalam seksaan yang menghinakan.” (Surah Salba’ 34:14)

                Bayangkan para jin yang ramai pun tidak mengetahui kematian Nabi Sulaiman sedangkan Nabi Sulaiman berada dihadapan mereka. Bagaimana dengan alam ghaib yang jauh dari penglihatan kita?

-solusi

******
jin!!!! ini aladdin yg punya... hehehe
*gambar hiasan semata-mata




bisik-bisik : kita dan jin berkongsi tempat tinggal yang sama cuma kita tak dapat lihat jin sebab mereka tinggal di alam ghaib.. sebagai seorang yang beragama islam, kite perlu percaya kewujudan alam ghaib kerana semua itu adalah ciptaan Allah.. Allah kan maha pencipta.. :D




putera katak hijau,

Wednesday 25 January 2012

Yakinlah Aku Menjemputmu- Kangen Band



sharing is nice.. :)
aku terserempak lagu ni kat satu blog, just first time dengar terus sangkut.. 
best lagu ni.. :)
aku tujukan lagu ni buat 'seseorang' yg telah 3 taon mengisi hati aku.. 
dan untuk kawan2 sume, selamat mendengar... 





Teringat selalu wajah kekasihku
Saat ku menuai lalu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta

Reff:*
Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

**
Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinkan ku tetap milikmu

Back to Reff:* / **

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu kau milikku



bisik-bisik : tenang sayang, ku tepati janjiku... kerna kau wanita terhebat.. :')


putera katak hijau,

Travelog WARTAWAN Islam - Roslan Hamid


bismillah...
assalamualaikum..

sharing is loving, so i want to share with all my friends, my new book!!
baru beli semalam, bau kedai POPULAR pun x hilang lagi..

kenapa aku beli buku ni ?? 
1. cover depan yg menarik, *im judge a book, by its cover.. baru ade feel nk bace.. 
2. murah *rm17 je.. berbaloi la utk aku yg sedang sengket ni..
3. dapat discount!!! 25%... rugi kalu x beli..
4 aku baru buat kad POPULAR bookstore..



sory, piture ambik guna phone.. 
cover yg menarik kan.. :)


hmmmmmmmm... aku ada satu masalah besar dlm hidop ni..
hobi aku membeli buku, mengumpul buku dan menyimpan buku..
tapi, membaca buka x termasuk dlm hobi aku sebab aku akan membaca bila ada mood, ada feel nk baca..
so, kali ni aku harap, aku dapat habis kan baca buku ni.. 
seandainya, aku 'mampu' membaca buku sampai habis, aku akan share dengan kawan2 pasal isi dalamnya pula.. ok?? gud2.. hehe


pic penulis Eoslan Hamid kat MHI tv3..


sedikit ulasan daripada penulis ,
"Setelah hampir 12 tahun memegang “title” sebagai wartawan, idea menghasilkan Travelog Wartawan Islam tercetus apabila Haji Roslan melihat hampir kesemua buku-buku yang berkaitan kewartawanan Islam di pasaran hanya bercerita dari sudut teori dan panduan sahaja. Tiada satu pun buku di pasaran yang memaparkan “true story” ataupun pengalaman sebenar, pahit manis, jatuh bangun yang dilalui oleh seorang wartawan. Buku Travelog Wartawan Islam fokus kepada “wartawan Islam” yang membawa pembaca kepada menjadikan kerja sebagai satu ibadah.
Wartawan bukan seperti sasterawan. Kerja wartawan berkejar dengan masa, wartawan harus cepat. Pelbagai perkongsian berharga disisipkan di dalam buku ini yang dapat dijadikan pengajaran dan tauladan kepada pelajar-pelajar pengajian media dan individu yang mempunyai aspirasi untuk menjadi wartawan." - Roslan Hamid



bisik-bisik 1 : membaca dapat meluaskan pemikiran dan membuka minda, so, jadikan membaca sebagai satu hobi dan jangan jadi macam aku yang hobinya hanya membeli buku sahaja, membacanya belum tentu lagi.. peace yoo!! :)

bisik-bisik 2 : agak-agaak berapa lama masa yang aku perlukan utk habiskan buku ni, seminggu, sebulan or setahun.. hahahah... itu lah AKU... teroq betol kan.. hehe.. :)


putera katak hijau,

HARTA KARUN!!!! gali2!!!!!

bismillah...
assalamualaikum..

sharing is caring, so i want to share with all my friends a story.. 
panjang?? memang story ni panjang, tapi, pengisiannya juga teramatlah banyak.. so just read it until the end .. selamat membaca :)

               

pada suatu hari............

                 Seorang ayah yang sedang nazak berwasiat kepada anak-anaknya: “jika ayah meninggal, kamu bertiga bersihkanlah tanah hutan milik kita di belakang rumah ini. Carilah di dalamnya harta karun yang selama ini ayah simpan untuk kamu.”

                Spontan anak yang sulung bertanya: “bolehkah ayah beritahu secara tepat lokasi harta karun itu?” Si ayah hanya menggeleng-geleng kepala. “bang, tak payahlah kita paksa ayah. Ayah kan tenat...” kata anak bongsu. “eh kau ni! Bukan senang kita nak bersihkan kawasan seluas itu. Kalau ayah dapat bagitahu tempatnya, kan lebih senang?” sampuk anak kedua.

                 Tidak lama kemudian, kedua-dua anak sulung dan danak kedua tanpa berlengah terus menebas kawasan hutan dan menggali di tempat-tempat yang mereka rasa harta karun itu berada. Setelah beberapa lama menebas dan menggalai, harta karun masih tidak ditemui. “ah, mana ada harta? Agaknya ayah bercakap dalam keadaan buang tabiat ke..” kata anak sulung. “mungkin ayah dah tak berapa waras lagi ketika memberi wasiat kepada kita itu.”

                Mendengar kata-kata tidak sopan abang-abangnya, si adik bongsu berkata, “kita kenal ayah. Kata-kata ayah selalu benar. Tidak ada sebab ayah hendak menipu kita.” “baiklah kalau kau percaya sangat, kau seorang sahajalah yang tebas hutan ni dan teruskan menggali,” ujar abangnya. Si adik bongsumenyambung kerja menebas dan menggali tanah itu. Tidak lama kemudian, seluruh hutan dan tanah itu menjadi terang dan gembur. “macam mana, ada harta karun?” tanya abang-abangnya dengan nada mengejek.

                Namun si asik bongsu tetap yakin ayahnya bercakap benar. Tidak mungkin ayahnya berbohong. Cuma apakah hakikat sebenarnya yang dimaksudkan ayah? Lama-kelamaan, si anak sulung dan anak yang kedua pergi meninggalkan kampung untuk mencari kehidupan di kota. Mereka kecewa kerana mengharap harta karun yang tidak ada. Tanah itu mereka serahkan sepenuhnya kepada adik bongsu mereka.

                Melihat tanah kosong yang telah diterangi itu, timbul idea di benak si anak bongsu untuk bercucuk tanam. Dia mulai dengan menanam jagung, kacang dan sayur-sayuran, yakni yang cepat mendatangkan hasil. Hasil tanamannya dijual dan mendapat sedikit keuntungan. Setelah mengumpul agak  banyak modal, tanah itu ditanam pula dengan pokok buah-buahan.

                Beberapa waktu kemudian, ladang buah-buahannya telah mengeluarkan hasil yang agak lumayan. Disamping menjadi pembekal sayur, kacang dan jagung, dia kini menjadi pengeluar buah-buahan yang agak besar. Dalam beberapa tahun, dia menjadi pengusaha yang maju dan kaya.

                Kini barulah dia faham apa yang dimaksudkan oleh ayahnya mengenai harta karun yang terpendam di kawasan hutan di belakang rumah mereka. Ayahnya tahu rahsia kerajinan, ketabahan dan sikap tidak putus asa dalam berusaha. Itulah “harta karun” yang dimaksudkan oleh ayahnya dulu.

-solusi isu no 30-

aku kaya!!!! aku kaya!!! hahahahah...


Bisik-bisik 1 : tiada jalan pintas untuk mendapat kejayaan dalam hidup. Semuanya perlukan usaha dan kesabaran. Jika kita berusaha dengan seluruh tenaga dan kemampuan diri, kita akan melihat ruang dan peluang sentiasa ada untuk dicapai.


Bisik-bisik 2 : teringat kat arwah ayah, pesan terakhir ayah kat aku "blajar rajin2, sampai boleh jadi cegu.. :') ayah!! saya dh nk jadi cegu dah, tinggal 2 taon je lagi..



Bisik-bisik 3 : " :') " > simbol ni saya blajar dari seseorang.. satu riak muka yang tak boleh explain katanya.. tapi skrang saya dah boleh paham apa maknanya.. teima kasih mentari hati..





putera katak hijau,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terus melangkah

Daisypath Graduation tickers

Cikgu Asran :)

Cikgu Asran :)
hak cipta dikarang, disayangi dan terpelihara oleh mohdasranjusoh