mentari hati

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..
- mentari hati

Tuesday 27 September 2011

Ambik Mood!!

assalamualaikum...

alhamdulillah... hari ni dapat jugak update blog, walaupun sedikit..
sebelum tu, buat kawan-kawan semua semoga sentiasa dalam rahmat Allah... aminn..:)

entry kali ni, tak ada apa-apa perkara ilmiah untuk dikongsikan, cuma mohd asran nak "ambik mood" menulis blog balik...

muka tengah ambik mood.. hahaaha



selepas beberapa hari yang busy, skrang barulah dapat rasa lega sikit...
 kemarin mohd asran baru balik dari KL, bersama team volleyball IPDA 'cak ci bor' ke IPIK.. 
team kami tidak berjaya membawa pulang kemenangan, hanya mampu berada di tempat ke-4.. 
namun, kami berpuas hati dengan prestasi team kami, banyak peningkatan.. 
nanti mohd asran akan buat entry pasal pertandingan volley itu dengan gambar-gambar sekali.. 
agak banyak la gambar untuk di kongsi dengan korang semua..
mohd asran beli kasut adidas baru (bukan gambar diatas, belum sempat ambik gambar kasut baru) 
semata-mata untuk tournament ni.. bola tak mampu lagi nak beli... heheehh



haaaa....
hari ni adalah hari terakhir dalam bulan islam iaitu Syawal, iaitu 30 Syawal... 
hari ni jugak hari terakhir mohd asran puasa sunat bulan Syawal.. puasa 6 tu... hehehhe
hari ni baru cukup 6 hari... teruk kan... maknanya esok raya laaa... hahahah




ingatkan malam ni nak makan besar skit, raya la katakan.. tapi malam ni ada konsert UNIC pulak kat maktab..... mmmm... jadi makan besar di 'pospone' kan pada tarikh yang akan ditentukan... 
tiket untuk konsert dah beli, :), rm3 je.. murah sangat.. konsert UNIC ini adalah penutup bulan penghayatan islam di maktab kami, IPDA.. jom pakat-pakat pi konsert naaa... 


skrang anggota terbaru UNIC tinggal bertiga di atas sahaja..




sebelum gi konsert, dengar dulu lagu UNIC ni, best.. 
selamat mendengar dan menonton.. :)



ok la, itu sahaja untuk kali ni..
mohd asran nak berehat jap, kul 3 nanti ada pengakap plak.. stress..stress... hahah
selamat berbuka puasa!!
sekian sahaja dari hamba Allah mohd asran jusoh..

salam uhwahfillah..
:)

Thursday 22 September 2011

mentari hati.. :)

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...

sebelum mohd asran mulakan penulisan, terlebih dahulu doa mohd asran semoga kawan-kawan semua tergolong dalam kalangan orang yang beriman.. aminn..:)
pada lewat malam yang dah nak masuk 1/3 malam ni, mohd asran nak post satu entry sebelum tido..
entry kali ni khas untuk mentari hati mohd asran..




mohd asran nak mengucapkan terima kasih kerana masih sudi menjadi mentari hati yang terus memancarkan cahayanya..

lagu ini buat mentari hati 

cahaya hati



Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu


Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi


Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah




semoga cahayanya terus menyinar sampai akhir hayat...
sekian.. 
dari mohd asran jusoh
manusia ajaib mentari hati..

assalamualaikum..

Volley Ball !!!!

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum..

mohd asran mulakan entry kali ini dengan mendoakan semoga kawan-kawan semua sentiasa dibawah rahmah Allah.. aminn.. :) kali ni, mohd asran tak mahu post entry panjang-panjang, sebab kul 5 nanti ada training terakhir volley ball sebelum bertolak ke IPIK esok pagi.. lepas post entry ni nak rehat kejap, penat...


senyum itu sedekah..:)

 mohd asran dan team volley IPDA akan ke IPIK selama 3 hari, 
ada tournament volleyball terbuka IPGM untuk lelaki sahaja.. team perempuan kami ke IPKB, jadi berpisahlah kami.... semoga kami pergi ke sana tidak sia-sia, semoga penat lelah training membuahkan hasil... semoga mentari hati support mohd asran dari jaoh...:) 
barulah mohd asran bersemangat!!!! hehehe:) 

mohd asran tak dapat nak cerita panjang-panjang, nanti ada masa mohd asran cerita kow-kow punya panjang...:)
mohd asran nak share kan pictures team volley kami..
selamat menjengok, kalu ada yang berkenan, 
boleh la rojer-rojer...heheheh


friendly dengan SMJ..


tengah main ni.. nampak sorang player jatoh tuuu.. heheh


bersedia!!!


owkeyyy>>> yang ni tengah main pon boleh posing.. haiya!!


aksi ganas!! haha


kami memang happy go lucky!!


tengah hujan pon main.. heheheh


mohd asran tak boleh main, kaki injured..
makan je kerje.. hahah


hahahhaha... yang ni lawak..:) no.11 tuuu..


kawan-kawan...


hero-hero IPDA..hehehe


kapten lelaki dan perempuan..
kejohanan 4 penjuru..


wei!! tengok la sini .. nak ambik picture ni...heheh


ajk peralatan... hahahha.. kesiannye...


kat bawah ni asran nak share power punya video.. 
kanak-kanak perlukan jagaan ibu bapa untuk menonton video ini.. hehehe


selamat menonton...


scary kan... 
jangan ingat main volley ball tak bahaya..
semua game ada risikonya, tapi kita kena pandai la jaga diri, hati-hati dalam bermain..:)


the cak ci bor team!!!


ok, sekian itu sahaja..
dari hamba Allah mohd asran jusoh..
korang sume dokan kejayaan kami ye..:)
salam ukhwah fillah...
assalamualaikum..:)


Saturday 17 September 2011

salam.. "assalamualaikum.." :)



Assalamualaikum.... :)
semoga Allah murahkan rezeki kawan-kawan semua... aminn..
pada kali ni mohd asran nak post entry pasal "salam"..
ek?? pasal salam pon nk cerita?? perlu ke?? hehehe
PERLU!!!!

kat bawah ni, 
sama-sama kita buka minda, buka hati selapang-lapangnya,
untuk mengetahui betapa besar dan pentingnya "assalamualaikum"..


Rasulullah s.a.w bersabda:
حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . .
Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.”      (HR. Muslim 2162)
korang semua tengok sabda Rasullah s.a.w kat atas ni, hak pertama seorang muslim atas muslim lain adalah "memberi salam"..  jelas menunjukkan betapa Rasulullah s.a.w amat mementingkan fadhilat memberi salam.. :) 


dalam memberi salam, terdapat adab-adab yang perlu kita contohi.. kat bawah ni mohd asran nak share dengan kawan-kawan semua adab-adab dalam memberi salam, sama-sama kita amalkan.. :)
  
Adab-Adab Memberi Salam
  • Digalakkan mengucapkan salam tiga kali jika memberi salam kepada khalayak yang ramai supaya semua dapat mendengarinya. 
  •  Sunnah bagi orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua. 
  •  Disunatkan memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian pula ketika menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur. Ini bermakna tiada istilah “menjawab salam di dalam hati” kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.
  • Disunatkan memberikan salam di waktu masuk ke suatu majlis dan ketika hendak meninggalkannya. 
  • Disunatkan memberi salam di saat masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong 
  • Dimakruhkan memberi salam kepada orang yang sedang buang hajat 
  • Disunnatkan memberi salam kepada kanak-kanak 
  • Disunnatkan memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal.   
  •  Disunatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain.  
  • Disunnatkan kepada seseorang berjabat tangan dengan saudaranya selepas memberi salam. 
  • Dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu di saat berjabat tangan sebelum orang yang diajak berjabat tangan itu melepasnya 
  • Haram hukumnya membungkukkan tubuh atau sujud ketika memberi penghormatan. 
  • Haram berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram.


Sabda Rasulullah S.A.W
"Wahai manusia, sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah di waktu malam pada waktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga."


kat bawah ni mohd asran nak share lagu "assalamualaikum" dari Opick.. 
lagu ini cukup menarik, buat pengetahuan kawan-kawan semua, 
mohd asran memang menggemari lagu-lagu Opick.. 
selamat mendengar.. :)



Sabda Rasulullah S.A.W.
 "Barangsiapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."


Assalamualaikum - Opick

assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (4x)

salam-salam hai saudaraku
smoga Allah merahmatimu
salam-salam wahai semua
smoga hidup jadi bahagia

bila hati terasa sedih
bila jiwa terasa hampa
mungkin kita sudahlah lupa
berzikir tenangkan jiwa

assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (2x)

bila langkah sempit dunia
rejeki dicari alangkah susah
mungkin kita sudahlah lupa
sedekah lapangkan harta

dalam hidup semua bekerja
kadang salah bahkan berdosa
jangan-janganlah putus asa
ampunan Allah selalu terbuka

assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (4x)

salam-salam hai saudaraku
smoga Allah merahmatimu
salam-salam wahai semua
smoga hidup jadi bahagia 


dalam hidup tiada sempurna
kadang khilaf kadang terlupa
jangan-janganlah putus asa
ampunan Allah selalu terbuka

assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (4x)


bila hati terasa sedih
bila jiwa terasa hampa
mungkin kita sudahlah lupa
berzikir tenangkan jiwa


dalam hidup semua bekerja
kadang salah bahkan berdosa
jangan-janganlah putus asa
ampunan Allah selalu terbuka

assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (4x)



kawan-kawan yang dirahmati Allah semua,
kat bawah ni pulak mohd asran nak share satu kisah Rasulullah s.a.w dan sahabat tentang betapa besarnya ganjaran orang-orang yang memberi salam..
masyaAllah.... rugilah bagi mereka-mereka yang tidak mengamalkan 
"beri salam"..


Sabda Rasulullah s.a.w 
"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah di lihat oleh mata, yang belum pernah dibayangkan oleh hati manusia."

Lalu bertanya para sahabat. 
"Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah s.a.w  
"Ia adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yang memberi makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat, 
"Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?"

Sabda Rasulullah s.a.w 
"Akan ku terangkan pada kamu semua:
  1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.
  2. Barang siapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya sehingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.
  3. Barang siapa berpuasa dalam Bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan Syawal (selain satu Syawal haram berpuasa), bererti dia telah sentiasa berpuasa.
  4. Barang siapa solat Isyak dan solat Subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."


alhamdulillah... :)
selesai satu entry hari ni...
semoga apa yang mohd asran kongsikan dapat memberi manfaat kat diri sendiri dan kawan-kawan semua...
setakat ini sahaja dari hamba Allah mohd asran..
jangan lupa, amalkan "beri salam"..
salam ukhwah fillah...
"assalamualaikum.."



satu rindu... ibu...

bismillahirrahmanirrahim... 

assalamualaikum.. 
semoga Allah panjangkan umur kawan-kawan sekalian.. 
malam ni tiba-tiba je teringatkan ibu kat kampung.. :(

ya Allah, sejahterakan dan bahagiakan ibuku di dunia dan akhirat..... aminn..
*spechlessssssss..............................

mohd asran sayang mutiara hati, selamah binti awang yaakob sangat-sangat.. 
sebab mohd asran ada ibu sorang je.....................................................
hujan dah.... :'(



lagu ni amat bermakna, kawan-kawan suma hayati melodinya, selami liriknya..
korang akan jumpa sesuatu....
sesuatu yang korang je tahu,
sesuatu yang korang je rasa...
satu rindu...


SATU RINDU

Hujan teringatkan aku 
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu Oh ibu

Alloh izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh ibu oh ibu kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu oh ibu kau ibu
oh ibu oh ibu

Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau ibu kau ibu kau ibu...


.......................
........................................
..........................
...........
ibu...

terima kasih.. 
salam ukhwah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terus melangkah

Daisypath Graduation tickers

Cikgu Asran :)

Cikgu Asran :)
hak cipta dikarang, disayangi dan terpelihara oleh mohdasranjusoh