mentari hati

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..
- mentari hati

Friday 20 July 2012

SALAM RAMADHAN !!! :)


bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..

akhirnya, hari ini telah tiba..
1 ramadhan..
21/ 07/ 2012..
hari sabtu..
hari pertama puasa bagi seluruh ummat islam sedunia..
ahlan wasahlan ya Ramadhan!!!!! 



alhamdulillah..
aku diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan bulan yang mulia..
alhamdulillah..
aku masih diberi hidayah oleh Allah sehingga ke hari ini...
alhamdulillah.......

esok puasa yang pertama.. bermulalah satu pencarian yang sangat besar..
cari ape??
cari pahala laaa... 
bulan ramadhan, bulan penghapusan dosa, bulan untuk kumpul pahala..
setiap amalan kebaikan yang kita lakukan akan digandakan ganjaran pahalanya dalam bulan ni.. 
bersedekah...
bertadarus...
beribadat...

dalam bulan ramadhan ni, ada satu malam yang sungguh barokah.. 
malam lailatul qadar.. masyaAllah.. 
pertemukanlah kami dengan malam lailatul qadarmu ya Allah... 

dalam 12 bulan, Allah telah sediakan satu bulan untuk kita beribadah kepadaNya..
untuk kita menghapuskan dosa-dosa.. untuk kita beribadat kepadaNya pagi, petang dan malam..

selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ummat islam sedunia..
semoga kita menghargai ramdhan kali ini.. 
tahun depan belum tentu kita berpeluang bertemu ramadhan seterusnya.. 
selamat beribadah..
wassalam..


salam Ramadhan!!!!



bisik-bisik 1 : aku baru siap masak lauk untuk sahur.. daging burger masak sambal + sayur campur.. hahah.. resepi sendiri punya, campak2 dalam kuali, siap!! petang tadi dah borong barang dapur siap2 utk sebulan.. insyaAllah, cukup kot.. harap2 bangun la sahur nanti, kalu x bangun, no komen.. hahah.. berbuka?? x pikir lagi sama ada nak masak or nak beli lauk.. tengok mood esok.. semoga ramadhan kali aku lebih pandai untuk menghargai.. 

bisik-bisik 2 : lusa aku akan start praktikum dengan housemate, haikal.. file dah balut tadi, buku RPH belum sentuh lagi, RPH x study lagi, baju2 x gosok lagi, fizikal n mental x ready lagi.. adoyai.. insyaAllah, esok aku akan setlekan mana yang mampu.. semoga praktikum fasa dua ni akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah...

Thursday 19 July 2012

Tip Sihat Gaya Rasulullah - Perilaku Pintar (2) "marah"


bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum...

bagi segmen 'tip sihat gaya rasulullah - perilaku pintar yang ke-2', 
kali ini aku nak share tentang "marah"..
adakah "marah" tidak sihat??
YUP!!! marah memang tidak sihat.. marah itu satu 'penyakit'..





Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku."
Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)


marah adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan. perasaan marah menyebabkan 

tangan menggeletar, 
wajah memerah dan 
jantung berdegup kencang. 

kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit hati. 
dia juga terdedah kepada risiko 

penyakit darah tinggi, 
angin ahmar, 
kemurungan, 
penyakit saraf pusat, 
sakit jantung dan 
vertigo atau gayat.






bagaimana mengatasi rasa 'marah'??


Rasulullah S.A.W bersabda:

Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud)



Sabda Rasulullah S.A.W:

Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)




apabila kita sedang marah, 
kita tidak lagi dikawal oleh akal fikiran, 
tapi dikawal oleh nafsu amarah.. 
ketika itu, syaitan bersorak gembira meraikan 
kemenangan mereka berjaya menghayutkan anak adam.. 




sebagai ummat rasullah saw, 
kita perlu mencontohi akhlak baginda, 
seorang yang pemaaf dan tidak pemarah.. 
wassalam..





bisik-bisik : sebut pasal "marah" ni, dulu aku pun pemarah la jugak.. pernah la angkat speker 10 kg nak baling kat orang dan pernah campak meja sekolah n baling kerusi.. hahaha.. zaman kanak2 memang macam tu.. tapi bila dah semakin meningkat usia ni, marah tu makin kurang..  tak dapat apa2 manfaat or faedah pun kalu marah2, terjerit2, melolong2.. buat penat n buat malu je.. pernah dengar tak "orang yang paling hebat adalah orang yang mampu melawam amarahnya".. mesti tak pernah dengar kan, sebab aku reka je tu.. hehehe... 





Memanjat Gunung - episod 2


bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..

entry kali ni aku nak 'menyentuh' tentang ubat-ubatan yang perlu dibawa sewaktu memanjat gunung..

perlu ke bawa ubat??

of course la perlu, ini ekspedisi memanjat gunung, bukan ekspedisi jalan2 cari makan.. 
sangat2 perlu untuk membawa ubat-ubatan bersama..

kenapa penting sangat bawa ubat2 ni semua??

memanjat gunung merupakan aktiviti yang berisiko tinggi untuk pendaki mengalami kecederaan.. 
walaupun pendekai mengalami kecederaan kecil seperti otot kaki tegang, loya tekak dan sebagainya, itu semua akan mengganggu perjalanan ekspedisi.. sekurang-kurangnya, ubat yang dibawa dapat menghilangkan atau mengurangkan kecederaan tersebut.. thats why laa, ubat perlu disediakan.. 

kat bawah ni aku 'list' kan senarai ubat2 yang penting sewaktu memanjat gunung.. 



1. ubat tahan sakit.. cth : paracetamol @ panadol..





2. ubat merawat kulit melecur..





3. penahan loya /muntah..




4. anti alahan..




5. penahan cirit-birit..




6. plaster luka..





7. krim penahan matahari utk kulit & bibir..




8. penyokong lutut..





9. paket garam rehidrat..


namun, bagi mengelakkan kecederaan berlaku, 
pendaki2 perlulah menjalani latihan fizikal dan mental terlebih dahulu.. 
bila tiada kecederaan, maka tak perlu la pakai ubat.. senang kan.. 
*nasihat kat orang pandai betul la aku ni.. hahahahah.. aku punya latihan x start lagi pon..huhu.. 

ok, itu saja perkongsian untuk 'memanjat gunung - episod 2' ni.. 
insyaAllah episod 3 coming soonnn... :)
wassalam..


bisik-bisik : bila tengok ubat-ubat tu semua, teringat zaman sekolah rendah dulu.. hari2 aku kena telan ubat.. dah la banyak.. masuk keluar hospital, aku dah mcm penghuni hospital time tu.. hahaha.. siap boleh hafal menu makan hospital "nasi ayam hari isnin!!!".. mak hari2 tunggu aku kat hospital.. terima kasih mak.. "sakit itu penghapus dosa", bila sihat jangan kita lupa untuk bersyukur padaNya.. alhamdulillah.. :')


Wednesday 18 July 2012

Tip Sihat Gaya Rasulullah - Perilaku Pintar (1) bakhil vs menderma


bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum..

Allah berkata dalam surah Muhammad, ayat 38, " ingatlah, kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. tetapi ada antara kamu yang berlaku bakhil. sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu seua orang yang miskin. apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, dia menggantikankamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu."




punca kebakhilan adalah mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati selalu runsing dan tidak bahagia. akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru.

bila sebut pasal derma-menderma ni, aku teringat kat satu cerita pedoman yang housemate aku share kat fb.. sama2 la kita ambil pengajaran dari cerita ni..


"Wang RM 100 & RM1.00"

Sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!
Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..





bisik-bisik 1 : jika kita bersifat bakhil, kita akan dapat penyakit nyanyuk dan sukar tidur.. macam x logik kan, tapi itulah hakikatnya.. Allah x putus2 turunkan rezeki kepada hambanya, apa salahnya kalau kita berkongsi rezeki tersebut dengan mereka2 yang memerlukan.. x kisah la berapa banyak atau berapa sikit pun kita nak derma, yang penting hati tu kena ikhlas abadan abada.. biar amalan menderma ni jadi salah satu amalan istiqamah dalam hidup kita..

bisik-bisik 2 : hari ni dah hari khamis, tinggal kurang dari 48 jam lagi kita semua akan bertemu ramadhan.. semalam aku dengar ceramah persediaan menyambut ramadhan.. alhamdulillah semangat menerima ramadhan makin meningkat.. ya Allah, petemukanlah kami dengan ramadhan.. semoga kami tidak mempersia-siakan bulan keberkatan yang Engkau berikan pada kami.. *bulan ramdhan ni boleh la menderma banyak2, pahalanya berganda-ganda.. :)




'diam lebih baik'

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..

hari ini aku blajar mengenai satu perkara..

"diam..."

orang kata 'diam itu tandanya setuju'..
ada juga orang kata 'diam-diam ubi berisi'..
'diam seribu bahasa' macam mana plak??
~diam-diam berpandangan, mata bertentang mata~~ 
yang ni ramlah ram yang kata.. 

diam bagi aku??

'diam lebih baik'..
daripada bercakap mengguriskan hati..
daripada berbicara memakan diri..
daripada berbahasa mendapat dosa..
daripada berkongsi rasa yang hanya sia-sia..

'diam lebih baik'..
diam mampu mententeramkan jiwa..
diam bisa mengubah suasana..
diam dapat meleraikan sengketa..
diam boleh membawa bahagia..
'diam lebih baik'..

ketahuilah..
diam bisa memperoleh pahala..
jadi aku pilih untuk diam..
kerna 'diam lebih baik'..
wassalam..






Saturday 14 July 2012

Memanjat Gunung - episod 1


assalamualaikom...

panjat gunung??
kenapa aku tiba2 nak post entry pasal panjat2 gunung ni..
hmmm..
insyaAllah, tahun depan aku akan mengikuti ekspedisi mendaki gunung Kinabalu..
bukit malau pun aku x pernah naik.. hahhaha



waaahh!! tingginya.. mampu ke aku naik ni.. sob2..



ekspedisi ini adalah program bawah ahli2 pengakap IPDA ambilan januari 2010..
bos kami Haikal Mansor, seorang pengakap tegar.. haha
so, aku sekarang kena berjimat cermat untuk simpan duit ke sana..
  banyak pakai duit kottt...
satu perkara yang penting kat sini, 
semangat aku berkobar-kobar nak panjat gunung kinabalu ni 
adalah pengaruh daripada drama 'Dejavu di Kinabalu'.. 
yang tengah Hot ditayangkan kat tv3.. 
waktu tayangan pon Hot gak, time magrib.. pelakon plak Hot gak, Tiz zaqyah.. hadoi2.. 
nasib baik ada 'tonton'..hehehhe

"dejavu di kinabalu" - tiz zaqyah pon boleh naik, takkan kita x mampu kan.. hahah


berbalik semula pada entry kali..
entry "memanjat gunung - episod 1" ini saya buat bagi berkongsi maklumat2 dengan kawan2 semua mengenai persedian memanjat gunung..
bagi episod 1 ni, saya nak share perkara yang paling penting bagi seseorang pendaki sebelum panjat gunung iaitu 'tahap kesihatan'..

haaa... jangan ingat panjat gunung ni senang taw, susah giler habaq ang.. hahaha
bukan ape, nanti bimbang panjat separuh jalan, mintak tolong angkat nak turun.. kan menyusahkan tuu.. paling menakutkan, ada plak yang bersemadi kat atas gunung tu, lagi susah.. nauzubillahh... 


bawah ni aku akan senaraikan penyakit2 yang tidak digalakkan memanjat gunung..

1. kencing manis
2. debaran jantung atau 'palpitation'
3. radang sendi atau 'arthritis'
4. sakit jantung
5. kurang sel darah merah atau anemia
6. gestrik 
7. sawan
8. obes atau kegemukan  aku ke tuu???
9. asma kronik
10. tegang otot
11. radang hati



so, bagi mereka2 yang ada masalah2 or penyakit2 
seperti diatas lebih baik jangan pergi..
untuk lebih yakin, buat pemiksaan kesihatan sebelum pergi mendaki.. 
cuba bayangkan betapa sejuknya duk kat atas puncak tuu.. errrggg!!!


perkara yang wajib dibuat andai tercapai impian sampai di puncak!!!!hehe


apa yang paling penting, anda.. anda.. dan anda
 tahu kemampuan diri anda sendiri..
jangan ikutkan hati dan perasaan, ikut kemampuan ye.. 
owkey.. selesai episod 1!!!

untuk entry yang akan datang, aku akan share mengenai ubat-ubatan yang perlu dibawa semasa mendaki serta mengenai kelengkapan dan persiapan yang perlu disediakan sebelum mendaki... 
wassalam..


bisik-bisik : sebut pasal gunung teringat kat satu ayat al-quran : 


Sekiranya kami turunkan al-quran ini kepada sebuah gunung,pasti kamu akan melihatnya tunduk berpecah belah disebabkan takut kepada Allah.dan perumpamaan2 itu kami kemukakan kepada manusia agar mereka berfikir.Al-hasyr.ayat 21.

Masa Allah nak turunkan quran, nak suruh bawa risalah kat atas muka bumi, semua takut x mampu nak pikul tanggungjawab tu. Allah kata, jika aku turunkan quran atas bukit, nescaya akan hancur lebur bukit tu sebab bukit x mampu nak pikul amanah Allah iaitu menjadi khalifah di muka bumi. tapi, ada satu golongan makhluk yg nak pikul tanggungjawab tu, tapi sbnarnya golongan ni pon x mampu ,golongan ni bahkan zalim dan jahil. inilah golongan yg dipanggil manusia.



Friday 13 July 2012

PKH Come Back!!!

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikom.. 
lamanya x menulis...
otak dah beku..
sebab ape lame x berblog??
entah.. maybe busy with "everything"..

tiba-tiba hari ni aku rase nak buat 'come back'..
sebab ape hari ni?? banyak lagi hari-hari lain.. 
14 julai 2012 > hari jadi classmate aku, namenya azie.. comel orangnya.. awek kelantan..huhu


14 julai 2012 > hari pertama aku sah menjadi student IPG kampus darulaman dan secara rasminya aku memilih bidang keguruan sebagai kerjaya.. 
hard desicion actually
alhamdulillah.. hari ni cukup 4 tahun aku bergelar guru pelatih.. 
dah ada jiwa cikgu dalam hati.. 

so, aku masih ade setahun setengah lagi nk habiskan pengajian.. 
cepatnya masa berlalu.. 
sempena ulang tahun ke-4 ni, pagi tadi aku breakfast kfc sorang2.. kul 6 lebih plak tuu.. hahaha
kat bawah ni, aku nk share gambar-gambar yang memorable sepanjang 4 tahun menimba ilmu kat sinar ilmu di utara ni.. :)

berday girl!!!  moga panjang umur dan murah rezeki.. nok hadioh ko?? smula2 la deh.. hahahha

my lovely classmate & mentor :) 

jejaka-jejaka idaman melaya!! haha

sambutan kemerdekaan di Putrajaya.. seminggu berkampong kat sana.. 

program anak angkat di sedim :) 

angkat sumpah jadi JPP.. nydp 2, setahun hidup dlm mod > busy!! haha

menari sewang.. first time pakai baju guni.. first time jugak kene makeup.. 

gimik hari guru, bawa motor masuk dewan.. huhu

team volley IPDA.. kat KL ni.. aku no. 11.. hahahah
aku n roomate, talqif berjaya wujudkan team ni.. very proud!! hahaha

team debat.. pesta makan2 dulu sebelum pi UUM.. senior Din, dlm ingatan > dah posting laa..

BIG anak angkat kat baling.. huahua

team "sekupang" - bukan kerna nama.. tiba-tiba jadi penyanyi.. hahah

istana budaya!!! first time tengok teater bangsawan..

hehehe.. time ni badan tengah membesar dengan baik.. emcee sambutan hari raya IPDA.. first time jadi emcee non-formal.. ketaqq~~

program bina jati diri kot.. kat puncak janing.. dengan ahli-ahli PRS..

tengah ambik kursus kepengadilan volleyball.. budak-budak tu team volley baling, johan negeri kedah..

hmm.. jalan-jalan cari pasal kat taiping.. bukit merah!!! 

family angkat.. :D

dalam kenangan.. arwah hatim, sahabat kami semua.. :)

geng-geng pengakap!!sekali berpengakap selamanya berpengakap.. 

demam volley.. tak kira cuaca.. heheh

praktikum pertama.. jadi cikgu koir.. laalalalal

team volley sk Taman Aman.. jadi coach depa semua seminggu.. susah giler nk latih depa-depa.. hadoi2..

huhuhu.. ni geng kutu.. kerja kami jalan-jalan cari kedai makan.. ni ekspedisi cari makan di yan.. terasa diri ini kecil bergambar dengan mereka-mereka di atas.. 


yang ni?? tuan punya istana > putera katak hijau.. hahha..
 tengah jadi emcee hari kokurikulum.. :D


selama 4 tahun aku belajar kat IPDA ni, banyak benda "first time" yang aku buat dan belajar.. 
first time tengok wayang gak.. hehehe
kat sinilah aku dapat 1001 pengalaman.. dapat kawan2, sahabat2 dan ehem2..haha
minggu depan aku akan menjalani praktikum fasa ke-2, kali ni kat SK Haji Abdul Rahman, Tokai, Pendang..
minggu depan jugak, kita akan mula berpuasa.. 
cepatnya masa berlalu..

sekarang, aku sangat2 menghargai setiap detik dan saat di IPDA.. 
biasa la, tinggal setahun setengah lagi nak habis belajar.. 
so, jom kutip sebanyak mungkin pengalaman dan kenangan2 indah kita..
boleh buat modal bercerita kat anak cucu.. hahaha
wassalam..


bisik-bisik : hidup ni umpama pensel warna, ada macam2 warna.. ada warna yang cantik, ada warna yang kusam.. sama-sama kita warnakan hidup kita dengan warna-warna yang indah.. jika pensel warna itu patah, jangan kita terus buang, kita masih lagi berpeluang mengasahnya sampai tajam.. never give up!! 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terus melangkah

Daisypath Graduation tickers

Cikgu Asran :)

Cikgu Asran :)
hak cipta dikarang, disayangi dan terpelihara oleh mohdasranjusoh