Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha
pemurah.. aku mulakan penulisan nukilan hati seorang hamba yang mencari
redhoMu..
Demi masa
Ingat 5 perkara sebelum 5..
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sempit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Hidup sebelum mati...
Kenapa tiba-tiba aku teringat pasal 5 perkara ni?
sebabnya mudah je... manusia akan kembali kepada tuhannya apabila
mereka menerima musibah.. sihat sebelum sakit... bila dah sakit baru ingat Allah..
Begitu juga aku... manusia biasa yang kadang-kadang leka
dengan nikmat dunia hingga lupa tujuan diri dihidupkan.. alhamdulillah, dah 2
hari aku demam.. aku masih hidup dengan tenang dan bahagia dengan semua nikmat
yang Allah bagi percuma ini.. dan aku dapat MC pagi tadi selepas pergi
hospital.. macam biasa, dapat ubat bertingket-tingket..
Just to share, masa kat hospital tadi aku duduk sebelah
seorang pakcik..
aku tak pasti pakcik tersebut sakit ape,
Cuma apa yang aku
pasti beliau setiap hari kena datang hospital check blood pressure dan jumpa
doktor.. terus hati aku terdetik, kesiannya...
pakcik dah la tua, berjalan tak
berapa nak gagah, hari-hari kena ziarah hospital..
andai aku diberi dugaan
seperti itu, aku tak tahu mampu aku terima atau tidak..
Tiba-tiba teringat..
jangan kamu kata kamu sudah beriman
sebelum kamu diuji..
sungguhhh.....
kita tidak akan tahu setinggi mana iman kita
selagi kita tidak menerima ujian dari Allah..
seperti saudara-saudara islam
kita di mesir, syria dan palestin, mereka sedang diuji keimanan mereka dan
mereka telah membuktikan keimanan mereka sangat tinggi..
jika aku di tempat
mereka, macam mana..
Dalam banyak-banyak musibah, “sakit” merupakan musibah yang
paling perit...
kenapa??
Senang je.. musibah yang Allah bagi kat kita dalam pelbagai
bentuk..
sakit, xcident, kerja berlambak-lambak, tak cukup duit dan macam-macam
lagi..
tapi, musibah yang lain kita boleh cari jalan penyelesaiannya..
berbeza dengan sakit..
kalau xcident kereta boleh hantar masuk bengkel, kalau kerja
berlambak-lambak boleh buat sikit-sikit, kalu tak cukup duit boleh buat kerja
part time or pinjam dulu dengan kawan..
namun, jika Allah beri kita “sakit” makan beribu ubat pun
selagi Allah tak izinkan kita sihat,
maka tak akan sihatlah kita..
sesungguhnya,
Allah beri kita sakit sebab Dia sayang kat kita, Dia sentiasa ingat kat kita,
Dia tak nak kita lupa kat Dia dan leka dengan nikmat dunia..
pernah dengar x ungkapan “sakit itu penghapus dosa”??
jika
benar ungkapan ini, sakit kecil yang Allah berikan ini belum cukup untuk
menghapuskan semua dosa-dosa yang telah aku lakukan.. :’(
bila kurang nikmat sihat, mulalah teringat orang tersayang kat kampung..
poksu rindu kakak Dada cakap tak henti2..
mat Ayub sayang poksu x?? > "tak".. hahaha
my soul, my heart, my everything.. my "mok"..
memang x suka ambik gambar, tu pun suruh senyum baru senyum..
miss u so much.. :')
moga hamba Allah ini terus menggapai redhoMu..
bisik-bisik 1 : sihat sebelum sakit.. sentiasalah menadah
tangan bersyukur kepadaNya dikala kita sihat sebelum kita menadah tangan berdoa
kepadaNya dalam tangisan memohon dikembalikan kesihatan..
bisik-bisik 2 : aku lontarkan doa buat juniorku Aidah dan
ayah kepada mentari hatiku rodhiyah ahmad semoga Allah terus memberikan pinjaman nikmat
sihat kepada kalian.. terus tembak doa tanpa henti.. :’)
bisik-bisik 3 : aku kirimkan doa kepada semua
saudara-saudara seislamku yang berada di mesir, syria, palestin dan seluruh
dunia semoga diberikan kesihatan yang berterusan.. aminnn..
bisik-bisik 4 : ada segelintir masyarakat yang “sakit”
apabila minyak petrol naik harga 20 sen.. aku pon sama, “sakit” jugak, tapi
sekejap je laa.. kawan-kawan tanya macam-macam pasal benda ni, jawapan aku
mudah je, kita niat 20 sen yang mereka ambik tu sebagai sedekah.. semoga mereka
berbahagia dengan cara sebegitu.. prof. Muhaya ada cakap, jangan hitung
pemberian kita, kerana Allah juga akan hitung pemberianNya kepada kita..
sama-sama jadi pemurah.. terutamanya bagi guru, banyakkanlah memberi kepada
murid-murid kita sebab mereka adalah ahli syurga..
wallahua’lam...