assalamualaikum.. :)
dah seminggu mohd asran tak update blog ni..
katanya sibuk.. mood x berape nk ade, mane pergi ntah..
alhamdulillah......
syukur pada Allah, mohd asran masih lagi dipinjamkan nyawa untuk bernafas di bumi ciptaan Maha Pencipta..
setiap hembusan nafas merupakan bukti betapa Allah sayang pada hambanya..
walau sejauh manapun hambanya ini mengabaikanNya dan melupakanNya,
tapi Dia tetap Maha Pemurah dan Maha Penyayang..
entry kali ni nk cakap pasal DOA titik bertindih IKHLAS..
perasan atau tidak, kita kadang-kadang lupa nak menadah tangan untuk berdoa..
kenapa ye?? hmmm... susah eh....
perasan atau tidak, bila kita berdoa, kita kadang-kadang sambil lewa je.. ada yang baca doa laju giler, nak cepat...
kenapa ye?? hmmm.. doa panjang sangat eh..
perasan atau tidak, doa yang kita baca tu, kita pun tak paham maknanya, jadi kita pun baca je laaa.. ntah apa doa yang kita baca pun tak tahu..
kenapa ye?? hmmmmmm.....
perasan atau tidak, kita baca doa selepas tiap kali selesai solat pun hanya sebagai "bagi cukup syarat" je.. tiada keikhlasan dalam diri kita nak baca doa..
kenape ye?? hmmm... sebab dah terbiasa eh...
banyaknya "kenape ye??"
banyaknya "hmmm.."
:) mohd asran saje bagi diri sendiri dan korang semua berfikir sejenak..
muhasabah diri...
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
" dan apabila hambaKu bertanya kepadamu mengenaiKu, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila berdoa kepadaKu.."
(surah al-Baqarah 2: 186)
firman Allah kat atas jelas menunjukkan bahawa Allah akan perkenankan doa hambaNya yang meminta apabila berdoa kepadaNya.
tapi, sekiranya kita nak berdoa pun malas, kadang-kadang je doa, selalu lupa, berdoa sambil lewa, tiada keikhlasan, tiada penghayatan, adakah Allah akan terima doa kita??
kita tahu jawapannya.. sama-sama kita fikir..
mohd asran nak share adap-adap berdoa dengan korang, sama-sama kita amalkan..
Adap-Adap Berdoa
1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya Allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.
kawan-kawan semua yang diredhoi Allah..:)
selain menjaga adap-adap ketika berdoa, kita digalakkan untuk menadah tangan berdoa pada waktu-waktu tertentu yang dianjurkan untuk berdoa..
mohd asran nak share lagi waktu-waktu yang dianjurkan berdoa.. sama-sama kita amalkan..:)
waktu-waktu dianjurkan berdoa
- waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh.
- selepas setiap solat fardu lima waktu.
- antara solat zuhur asar dan magrib.
- antara azan dan iqamah atau selepasnya.
- ketika bangun tidur.
- selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
- ketika hendak masuk dan keluar masjid.
- antara takbir solat hari raya.
- dalam khutbah jumaat, khutbah hari raya dan khutbah nikah.
- ketika menziarahi Makam Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi.
- ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
- ketika membaca qunut bagi solat subuh dan lain-lain.
- tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatandan kemungkaran.
- ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan rasa gelisah.
- ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lam terpisah.
- ketika hujan turun.
- ketika hendak mengerjakan solat dan sesudah mengerjakannya.
- sepanjang malam, terutamanya sepertiga yang akhir dan waktu makn sahur.
- ketika khatam alQuran 30 juzuk.
- ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.
:)
semoga doa-doa yang akan kita pohon diiringi dengan keikhlasan..
semoga doa-doa kita diterima Allah..
setakat ini sahaja dari hamba Allah yang kerdil, mohd asran..
semoga Allah merahmati dan meredhoi kita semua..
sebelum mohd asran berundur, hadiah dari mohd asran untuk kawan-kawan semua, untuk mentari hati juga..
doa rabitah.. :)
DOA RABITAH
YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini...
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini...
aminn... :)
version nasyid punya mmg sayu je..:')
ReplyDeleteslalu la dengar :)
ReplyDelete