bismillahirrahmanirrahim...
selamat malam khamis kat korang-korang sume.. hehehe
hari ni, mohd asran nak share pasal ukhwah..:)
apa itu ukhwah?? hmmm...
bagi mohd asran, ukhwah itu adalah satu hubungan persaudaraan yang cukup erat, hubungan yang mohd asran maksudkan adalah hubungan diantara manusia sesama manusia la..
kenapa tajuk pasal "pet... peeeetttt" tapi cerita pasal ukhwah pulak??
apa kena mengenanya??
haaa....
sebenarnya mohd asran nak berkongsi betapa indahnya ukhwah dalam
'Persatuan Pengakap IPG Kampus Darul Aman'.. tempat mohd asran blajar.. sambil tu boleh la share maklumat pasal pengakap sekali.. heheh..:)
logo terbaru pengakap
gambar-gambar kat bawah ni,
mohd asran ambil selepas selesai perjumpaan pengakap petang tadi..
kami pergi minum-minum, ada jugak yang makan-makan.. kat gerai je..
tapi yang mohd asran nak tunjukkan kat sini adalah ukhwah yang kami bina.. :)
keindahan uhkwah....
bakal-bakal guru pengakap.. :)
ukhwah kami..:)
ustaz-ustaz pengakap.. hehehe
semua tengah sibuk borak perkara-perkara ilmiah tuu..
sedapnya.. ABJ (ais batu jagung)
cendol satu balang tu sape yang tempah??haha
akhirnya ada jugak orang sudi ambik gambar mohd asran..
tersengeh sampai nampak gigi.. yang sebelah tu, tak kenal.. dari mana entah, lapo bebenor.. hahah
ini bakal ustaz kita.. insyaAllah.. banyak makn ustaz..
sape ni!!!!!! hahahah.. ini bukan pengakap!!
yang baju merah darah tu, musuh ketat pengakap, KRS.. heheh
yang dua orang kat depan tu, kawan pengakap, PBSM.. hahahah..
gurau je..
ape masalah ni?? sedap sangat cucuq pisang tu kot.. haha
lai ci kang satu!!!
siap!!!!
sopannya PBSM makan.. penuh tawadoq..
alhamdulillah..
haaaa... yang ni mohd asran punya.. jangan sape-sape berani sentuh..
air je la.. heheh
"mana ayaq nyoq aku order satu biji tak sampai-sampai ni..
ish, aku dah lapaq ayaq ni" hahaha
siap makan, bayar asing-asing.. hehehe
nak belanja tak dapat la, akhir sem ni, duit makin tipis..
tapi abang kat atas ni macam penuh je dompet.. hahah
itulah...
sahabat-sahabat pengakap mohd asran..
macam-macam kerenah, macam-macam cerita..
walaubagaimanapun, kami bersatu dalam satu ukhwah.. :)
owkey...
sekarang mohd asran nak share perkara berilmiah pulak..
kat bawah ni mohd asran ada kongsikan cara-cara nak melakukan
istiadat laung agung bagi pengakap kanak-kanak..
selamat membaca..
Istiadat Laung Agung
Pengakap Kanak-Kanak
- Pertamanya, Akela akan berteriak PEK ! itu memberi petanda kepada pengakap kanak-kanak berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia.
- Kemudian, Akela akan berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil.
- selepas mendengar teriakan akela yang kali kedua, pengakap kanak-kanak akan berlari menghampiri Akela sambil berteriak PEEEEK lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan pengakap kanak-kanak pula berpegangan tangan membentuk satu bulatan besar.
- Seterusnya, Akela akan mengangkat tangan tinggi sedikit, sambil pengakap kanak-kanak mengangkat tumit. Akela akan menurunkan tangan rapat ke peha secara perlahan-lahan, diikuti oleh pengakap kanak-kanak turun perlahan-lahan dan duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja menyebut BAIK, pengakap kanak-kanak terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela.
- Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " dalam intonasi menyoal. kemudian, diikuti pengakap kanak-kanak yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK ".
- Akela akan membalas hormat dalam keadaan sedia. pengakap kanak-kanak tidak akan turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya terlebih dahulu dari posisi tabik hormat .
- Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada Perkara 1 hingga 6 seperti di atas. Selepas selesai Istiadat Laung Agung ini, pengakap kanak-kanak akan meneruskan dengan Istiadat Mengibar Bendera.
alhamdulillah..
selesai sudah satu entry mohd asran untuk malam ni..
owkey, mane yang baik tu ambillah, mane yang tak baik tu, maapkan ye..
sekian sahaja dari makhluk Allah bernama mohd asran..
salam ukhwah fillah.. :)
ha,apa lg asran! follow blog aku balik :)
ReplyDeleteheheeh... dh follow dah.. hot betol blog ang ye qirah..:)
ReplyDeletead0i..semangat nye..:P
ReplyDeleteuyaituawak, msti la bersemangat, sekali berpengakap selamanya berpengakap!!! hehe
ReplyDelete