mentari hati

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..
- mentari hati

Tuesday, 27 September 2011

Ambik Mood!!

assalamualaikum...

alhamdulillah... hari ni dapat jugak update blog, walaupun sedikit..
sebelum tu, buat kawan-kawan semua semoga sentiasa dalam rahmat Allah... aminn..:)

entry kali ni, tak ada apa-apa perkara ilmiah untuk dikongsikan, cuma mohd asran nak "ambik mood" menulis blog balik...

muka tengah ambik mood.. hahaaha



selepas beberapa hari yang busy, skrang barulah dapat rasa lega sikit...
 kemarin mohd asran baru balik dari KL, bersama team volleyball IPDA 'cak ci bor' ke IPIK.. 
team kami tidak berjaya membawa pulang kemenangan, hanya mampu berada di tempat ke-4.. 
namun, kami berpuas hati dengan prestasi team kami, banyak peningkatan.. 
nanti mohd asran akan buat entry pasal pertandingan volley itu dengan gambar-gambar sekali.. 
agak banyak la gambar untuk di kongsi dengan korang semua..
mohd asran beli kasut adidas baru (bukan gambar diatas, belum sempat ambik gambar kasut baru) 
semata-mata untuk tournament ni.. bola tak mampu lagi nak beli... heheehh



haaaa....
hari ni adalah hari terakhir dalam bulan islam iaitu Syawal, iaitu 30 Syawal... 
hari ni jugak hari terakhir mohd asran puasa sunat bulan Syawal.. puasa 6 tu... hehehhe
hari ni baru cukup 6 hari... teruk kan... maknanya esok raya laaa... hahahah




ingatkan malam ni nak makan besar skit, raya la katakan.. tapi malam ni ada konsert UNIC pulak kat maktab..... mmmm... jadi makan besar di 'pospone' kan pada tarikh yang akan ditentukan... 
tiket untuk konsert dah beli, :), rm3 je.. murah sangat.. konsert UNIC ini adalah penutup bulan penghayatan islam di maktab kami, IPDA.. jom pakat-pakat pi konsert naaa... 


skrang anggota terbaru UNIC tinggal bertiga di atas sahaja..




sebelum gi konsert, dengar dulu lagu UNIC ni, best.. 
selamat mendengar dan menonton.. :)



ok la, itu sahaja untuk kali ni..
mohd asran nak berehat jap, kul 3 nanti ada pengakap plak.. stress..stress... hahah
selamat berbuka puasa!!
sekian sahaja dari hamba Allah mohd asran jusoh..

salam uhwahfillah..
:)

2 comments:

  1. uya tertido masa konsert tu..hahaha.teruk x teruknye uya nih..-_-"

    ReplyDelete
  2. teroq2... ish2.. hahahah..
    nak kene tunggu PKH buat konsert baru x tido kot..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terus melangkah

Daisypath Graduation tickers

Cikgu Asran :)

Cikgu Asran :)
hak cipta dikarang, disayangi dan terpelihara oleh mohdasranjusoh