bismillah...
assalamualaikum..
sharing is caring, so i want to share with all my friends a story..
panjang?? memang story ni panjang, tapi, pengisiannya juga teramatlah banyak.. so just read it until the end .. selamat membaca :)
pada suatu hari............
Seorang ayah yang sedang nazak berwasiat kepada anak-anaknya: “jika ayah meninggal, kamu bertiga bersihkanlah tanah hutan milik kita di belakang rumah ini. Carilah di dalamnya harta karun yang selama ini ayah simpan untuk kamu.”
Spontan anak yang sulung bertanya: “bolehkah ayah beritahu secara tepat lokasi harta karun itu?” Si ayah hanya menggeleng-geleng kepala. “bang, tak payahlah kita paksa ayah. Ayah kan tenat...” kata anak bongsu. “eh kau ni! Bukan senang kita nak bersihkan kawasan seluas itu. Kalau ayah dapat bagitahu tempatnya, kan lebih senang?” sampuk anak kedua.
Tidak lama kemudian, kedua-dua anak sulung dan danak kedua tanpa berlengah terus menebas kawasan hutan dan menggali di tempat-tempat yang mereka rasa harta karun itu berada. Setelah beberapa lama menebas dan menggalai, harta karun masih tidak ditemui. “ah, mana ada harta? Agaknya ayah bercakap dalam keadaan buang tabiat ke..” kata anak sulung. “mungkin ayah dah tak berapa waras lagi ketika memberi wasiat kepada kita itu.”
Mendengar kata-kata tidak sopan abang-abangnya, si adik bongsu berkata, “kita kenal ayah. Kata-kata ayah selalu benar. Tidak ada sebab ayah hendak menipu kita.” “baiklah kalau kau percaya sangat, kau seorang sahajalah yang tebas hutan ni dan teruskan menggali,” ujar abangnya. Si adik bongsumenyambung kerja menebas dan menggali tanah itu. Tidak lama kemudian, seluruh hutan dan tanah itu menjadi terang dan gembur. “macam mana, ada harta karun?” tanya abang-abangnya dengan nada mengejek.
Namun si asik bongsu tetap yakin ayahnya bercakap benar. Tidak mungkin ayahnya berbohong. Cuma apakah hakikat sebenarnya yang dimaksudkan ayah? Lama-kelamaan, si anak sulung dan anak yang kedua pergi meninggalkan kampung untuk mencari kehidupan di kota. Mereka kecewa kerana mengharap harta karun yang tidak ada. Tanah itu mereka serahkan sepenuhnya kepada adik bongsu mereka.
Melihat tanah kosong yang telah diterangi itu, timbul idea di benak si anak bongsu untuk bercucuk tanam. Dia mulai dengan menanam jagung, kacang dan sayur-sayuran, yakni yang cepat mendatangkan hasil. Hasil tanamannya dijual dan mendapat sedikit keuntungan. Setelah mengumpul agak banyak modal, tanah itu ditanam pula dengan pokok buah-buahan.
Beberapa waktu kemudian, ladang buah-buahannya telah mengeluarkan hasil yang agak lumayan. Disamping menjadi pembekal sayur, kacang dan jagung, dia kini menjadi pengeluar buah-buahan yang agak besar. Dalam beberapa tahun, dia menjadi pengusaha yang maju dan kaya.
Kini barulah dia faham apa yang dimaksudkan oleh ayahnya mengenai harta karun yang terpendam di kawasan hutan di belakang rumah mereka. Ayahnya tahu rahsia kerajinan, ketabahan dan sikap tidak putus asa dalam berusaha. Itulah “harta karun” yang dimaksudkan oleh ayahnya dulu.
-solusi isu no 30-
aku kaya!!!! aku kaya!!! hahahahah...
Bisik-bisik 1 : tiada jalan pintas untuk mendapat kejayaan dalam hidup. Semuanya perlukan usaha dan kesabaran. Jika kita berusaha dengan seluruh tenaga dan kemampuan diri, kita akan melihat ruang dan peluang sentiasa ada untuk dicapai.
Bisik-bisik 2 : teringat kat arwah ayah, pesan terakhir ayah kat aku "blajar rajin2, sampai boleh jadi cegu.. :')
Bisik-bisik 3 : " :') " > simbol ni saya blajar dari seseorang.. satu riak muka yang tak boleh explain katanya.. tapi skrang saya dah boleh paham apa maknanya..
putera katak hijau,
now u noe how to use that :')...betul dan kena pd tempatnya..:)
ReplyDeletealfatihah buat arwah..semoga awak dpt jd guru yang sentiasa dimuliakan oleh penduduk langit ^^
terima kaseh kat 'seseorang' yg telah pahamkan saya..
ReplyDeleteuyaituawak terima kaseh.. :')