bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..
entry kali ni aku nak 'menyentuh' tentang ubat-ubatan yang perlu dibawa sewaktu memanjat gunung..
perlu ke bawa ubat??
of course la perlu, ini ekspedisi memanjat gunung, bukan ekspedisi jalan2 cari makan..
sangat2 perlu untuk membawa ubat-ubatan bersama..
kenapa penting sangat bawa ubat2 ni semua??
memanjat gunung merupakan aktiviti yang berisiko tinggi untuk pendaki mengalami kecederaan..
walaupun pendekai mengalami kecederaan kecil seperti otot kaki tegang, loya tekak dan sebagainya, itu semua akan mengganggu perjalanan ekspedisi.. sekurang-kurangnya, ubat yang dibawa dapat menghilangkan atau mengurangkan kecederaan tersebut.. thats why laa, ubat perlu disediakan..
kat bawah ni aku 'list' kan senarai ubat2 yang penting sewaktu memanjat gunung..
1. ubat tahan sakit.. cth : paracetamol @ panadol..
2. ubat merawat kulit melecur..
3. penahan loya /muntah..
4. anti alahan..
5. penahan cirit-birit..
6. plaster luka..
7. krim penahan matahari utk kulit & bibir..
8. penyokong lutut..
9. paket garam rehidrat..
namun, bagi mengelakkan kecederaan berlaku,
pendaki2 perlulah menjalani latihan fizikal dan mental terlebih dahulu..
bila tiada kecederaan, maka tak perlu la pakai ubat.. senang kan..
ok, itu saja perkongsian untuk 'memanjat gunung - episod 2' ni..
insyaAllah episod 3 coming soonnn... :)
wassalam..
bisik-bisik : bila tengok ubat-ubat tu semua, teringat zaman sekolah rendah dulu.. hari2 aku kena telan ubat.. dah la banyak.. masuk keluar hospital, aku dah mcm penghuni hospital time tu.. hahaha.. siap boleh hafal menu makan hospital "nasi ayam hari isnin!!!".. mak hari2 tunggu aku kat hospital.. terima kasih mak.. "sakit itu penghapus dosa", bila sihat jangan kita lupa untuk bersyukur padaNya.. alhamdulillah.. :')
say no to ubat.
ReplyDelete